Monday, February 2, 2009

Hmt329- mEet Uncle Hussein

Lagu Untukmu

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku

Bahagia kau dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukup oh cukuplah

Tak faham tak faham
Tak dapat ku faham
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Kunci dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua

sumber: http://www.jiwang.org/portal/modules/liriklagu/liriklagu-comm.php?id=14557

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku

Pada pendapat saya, lagu ini berkisar tentang kekecewaan seorang pencinta. Hal ini dapat dilihat secara keseluruhan lirik lagu ini. Lagu ini telah dinyanyikan oleh kumpulan Meet Uncle Hussein dan lagu ini telah menjulang anugerah Juara Lagu yang ke-23. Pada rangkap pertama lirik lagu ini iaitu bermula dari tiada bintang sehinggalah dan lalu rinduku bukanlah kamu membawa maksud bahawa betapa kecewanya hati penyanyi sehingga tidak mampu dibandingkan dengan apa-apa.

Bahagia kau dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Rangkap kedua mengisarkan hati mereka yang tidak sehaluan dan tidak mungkin dapat bersama kerana mungkin mempunyai fikiran atau pendapat yang berbeza.

Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukup oh cukuplah

Rangkap ketiga pula mengisarkan bahawa penyanyi ini turut mempunyai perasaan dan tidak suka dipemainkan oleh orang lain.

Tak faham tak faham
Tak dapat ku faham
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Kunci dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua

Rangkap keempat menyatakan bahawa penyanyi tidak memahami sikap gadis tersebut. Rangkap ini juga menerangkan bahawa penyanyi tidak mahu meneruskan hubungan dengan gadis ini.

Dari segi analisis kontrastif, faktor ketertandaan dalam aturan kata dapat dianalisis dengan menggunakan data daripada lirik lagu ini. Ketertandaan terbahagi kepada dua iaitu bentuk bertanda dan bentuk tidak bertanda.
Bentuk bertanda ialah bentuk yang jarang digunakan dalam menuturkan bahasa. Bentuk tidak bertanda pula ialah bentuk yang sering digunakan. Dalam kehidupan seharian, penutur bahasa Melayu sering menggunakan perkataan yang telah dipendekkan daripada perkataan yang asal.

Sebagai contohnya, perkataan 'tidak' dipendekkan menjadi 'tak'. Dalam lirik lagu ini, perkataan ini merupakan bentuk tak bertanda. Hal ini dapat dilihat di dalam lirik lagu Meet Uncle Hussein iaitu pada rangkap satu seperti di bawah :

Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri ( bentuk tak bertanda )
Bagaiku lumpuh tidak mampu berdiri ( bentuk bertanda )




No comments: