Tuesday, January 6, 2009

Dialek Perak Kuala Kangsar <>Bahasa Melayu Standard--Tugasan HMT329

Dialek Melayu Perak KUALA KANGSAR <> Bahasa Melayu Standard

1. Kome tau dak nak g Kuale Kangso cemane?

Adakah awak mengetahui bagaimana cara untuk pergi ke Kuala Kangsar?

2. Sorang Perdane Menteri mati kene bunoh kat ghumahnye

Seorang Perdana Menteri mati dibunuh di kediamannya.

3. Akak saye kawin bulan 12 tahon depan kat Ipoh, Perak.

Kakak saya akan berkahwin pada bulan 12 tahun hadapan di Ipoh, Perak.

4. Mane kome nak g ujung minggu nie?

Ke manakah awak ingin pergi pada hujung minggu ini?

5. Aku maleh beno nak g kelas sok.

Saya berasa malas sangat ingin pergi ke kelas esok.

6. Pekse akhir tu susah beno pastu keliru pulak.

Peperiksaan akhir itu rumit sangat dan mengelirukan.

7. Ida belanje kami makan malam ni.

Ida akan membelanja kami makan pada malam ini.

8. Bile kome nak g mandi air terojon?

Bilakah awak ingin pergi bermandi di air terjun?

9. Deme g main boling kat Bukit Jambol sok.

Mereka akan pergi bermain boling di Bukit Jambul esok.

10. Die balik Pahang ngan bas.

Dia pulang ke Pahang dengan menaiki bas.

1 comment:

Radiah Yusoff said...

Letakkan di bahagian komen SKO pos saya juga. Salin dan letakkan sahaja (copy and paste je). Saya sudah pautkan blog Sharifah di blog kelas. Tengoklah.