Cara menyebut Gong Xi Fa Chai
Gung Hi Fat Chai (Hakka)Gong Xi Fa Chai (Mandarin)
Gung Hei Fat Chain (Kantonis)
1.0 Pendahuluan
Kertas kerja ini membincangkan perbezaan penggunaan konsep kepunyaan atau milik di dalam bahasa dan dialek yang berlainan. Bahasa tersebut ialah bahasa Punjabi dan dialek Melayu Perak Kuala Kangsar. Terdapat perbezaan yang jelas dalam penggunaan konsep kepunyaan di dalam bahasa dan dialek yang akan dikaji. Tujuan kami mengkaji data yang terdapat di bawah ini adalah untuk melihat perbezaan konsep kepunyaan antara bahasa dan dialek ini. Selain itu, kami juga ingin menerangkan konsep gender yang terdapat di dalam bahasa Punjabi. Konsep ini mempengaruhi penggunaan konsep kepunyaan dalam bahasa Punjabi. Selain itu, kami juga ingin melihat aturan kata yang terdapat di dalam bahasa dan dialek tersebut.
2.0 Dapatan kajian
3.0 Analisis data
Berdasarkan data di atas, terdapat perbezaaan penggunaan konsep kepunyaan dalam kedua-dua data ini. Dalam bahasa Punjabi, terdapat perbezaan untuk menunjukkan konsep ungkapan + kepada. Sebagai contohnya, konsep kepunyaan ditunjukkan oleh penggunaan ‘di’ dan ‘da’. Penggunaan perkataan ‘di’ hanya menunjukkan konsep kepunyaan bagi anak perempuan. Manakala perkataan ‘da’ hanya menunjukkan konsep kepunyaan bagi lelaki.
Tetapi kedua-dua penanda kepunyaan ini hanya merujuk kepada mufrad sahaja. Jika merujuk lebih daripada seorang atau jamak, penanda yang akan digunakan akan berubah kepada ‘diya’ untuk konsep kepunyaan anak perempuan dan ‘dey’ untuk konsep kepunyaan anak lelaki. Hal ini dapat dilihat melalui data di bawah :
B.Punjabi : Niza asraf di kuri
Niza asraf punya anak perempuan
Niza merupakan anak perempuan kepada Asraf. { Mujrad }
B.Punjabi :Saiful asraf da munda
Saiful asraf punya anak lelaki
Saiful merupakan anak lelaki kepada Asraf. { Mujrad }
B.Punjabi :Niza or Ida Asraf diya kuriya
Niza dan Ida Asraf punya anak-anak perempuan.
Niza dan Ida ialah anak perempuan kepada Asraf. { Jamak }
B.Punjabi :Saiful or Nizam Asraf dey mundey
Saiful dan Nizam Asraf punya anak-anak lelaki
Saiful dan Nizam ialah anak lelaki kepada Asraf. { Jamak }
Hal ini berbeza dengan dialek Perak. Dalam dialek ini, tidak terdapat penanda untuk menunjukkan konsep kepunyaan tetapi penggunaan perkataan ‘anak kepada siapa’ itu sendiri sudah menunjukkan konsep kepunyaan tidak kiralah sama ada anak itu lelaki atau pun perempuan. Selain itu dalam dialek Perak, tidak terdapat penanda jamak untuk menunjukkan konsep kepunyaan. Contohnya seperti ayat di bawah :
Dialek Perak : Niza anak asraf ali .
Seypol anak asraf ali.
Niza ngan Ida anak pompuan Asraf.
Seypol ngan Nizam anak laki Asraf.
Manakala bagi penggunaan bagi kata ganti diri yang pertama dan kedua dalam bahasa Punjabi, penggunaan konsep kepunyaan ini bergantung kepada gender yang dimiliki oleh kata nama tersebut. Hal ini dapat dilihat seperti data di atas. Penggunaan kata ‘ra’ dalam ‘mera’ hanya akan digunakan jika kata nama yang digunakan di dalam ayat tertentu memiliki gender maskulin. Kata nama dalam bahasa Punjabi itu sendiri telah ditanamkan dengan ciri gender tertentu. Kebiasaanya, kata nama yang berakhir dengan ‘i’ menunjukkan gender feminin. Manakala kata nama yang berakhir dengan ‘a’ menunjukkan gender maskulin. Sebagai contohnya bagi ayat di bawah :
B.Punjabi : Wo kare mera
Itu rumah saya punya
Rumah itu kepunyaan saya.
Berdasarkan contoh ayat di atas, penggunaan perkataan ‘ra’ dalam ayat ini bergantung kepada gender yang dimiliki oleh kata nama ini. Dalam hal ini, kata nama ‘kare’ iaitu rumah memiliki gender maskulin. Manakala bagi konsep kepunyaan yang bergantung kepada gender feminin. Kebiasaanya, kata nama yang berakhir dengan ‘i’ menunjukkan gender feminin. Manakala kata nama yang berakhir dengan ‘a’ menunjukkan gender maskulin. Hal ini dapat dilihat seperti contoh ayat di bawah :
Wo gedi meri { gender feminin }
Itu kereta saya punya
Ayat di atas pula menunjukkan penggunaan kata ‘ri’ membawa konsep kepunyaan bagi gender feminin yang dimiliki oleh kata nama tersebut. Dalam contoh ayat di atas, perkataan ‘gedi’ memiliki gender feminin. Berdasarkan data yang diperoleh, penggunaan konsep kepunyaan ‘da’ dan ‘di’ dengan konsep kepunyaan ‘ra’ dan ‘ri’ adalah sama dan tidak berbeza. Dalam bahasa Punjabi, jikalau kata ganti nama digunakan, konsep kepunyaan ‘ra’ dan ‘ri’ akan digunakan. Tetapi jikalau kata ganti nama ditukarkan dengan nama orang, konsep kepunyaan yang akan digunakan ialah ‘da’ dan ‘di’. Hal ini dapat dilihat seperti contoh ayat di bawah :
| Wo Saripah da kare Itu Saripah punya rumah |
| Wo kare mera Itu rumah saya punya |
Berdasarkan contoh ayat di atas, dapat dilihat perbezaan antara kedua-dua ayat ini. Bagi ayat yang pertama, jikalau nama seseorang digunakan konsep kepunyaan yang digunakan ialah da. Tetapi jika menggunakan kata ganti nama seperti saya, awak, mereka dan lain-lain konsep kepunyaan yang akan digunakan ialah ‘ra’.
Manakala dalam dialek Perak, tidak wujud unsur gender untuk menunjukkan konsep kepunyaan. Contohnya dalam dialek Perak konsep kepunyaan hanya ditunjukkan oleh kata ganti nama seperti aku, dier, kome, dan depe. Hal ini dapat dilihat seperti di bawah :
| Tu ghumah dier |
| Tu ghumah kome |
| Tu ghumah depe |
Selain itu, perbandingan juga dapat dibuat melalui struktur ayat bagi bahasa Punjabi dan dialek Perak. Dari segi struktur ayat, bahasa Punjabi masih lagi mengikut susunan ayat iaitu subjek + predikat tetapi mempunyai aturan kata yang berlainan dengan dialek Perak. Aturan kata yang dimiliki oleh bahasa Punjabi ialah SOV iaitu subjek + objek + kata kerja. Manakala aturan kata bagi dialek Perak ialah SVO iaitu subjek + kata kerja + objek. Aturan kata SVO ialah aturan kata yang kerap muncul dalam aturan. Kedua-dua jenis aturan ini dapat dilihat seperti di bawah :
SVO ( Dialek Perak ) : Aku belajo bahase Melayu kat USM.
Subjek + kata kerja + Objek
BMB : Saya mempelajari bahasa Melayu di USM.
SOV ( Punjabi ) : Me BM pardi USM me
Gloss :Saya bahasa Melayu belajar USM di
BMB :Saya mempelajari bahasa Melayu di USM
Aturan kata SOV lebih berkecenderungan menggunakan preposisi belakang ( postposition ) berbanding dengan preposisi depan ( preposition ) untuk meletakkan kata kerja bantu selepas kata kerja perbuatan, meletakkan kata nama genitif sebelum kata nama yang dimiliki dan untuk meletakkan nama sebelum gelaran kehormat ( Wikipedia : 7 February 2009 ) . Kedua-dua bentuk aturan kata ini dapat dilihat seperti gambar rajah di bawah :
Berdasarkan rajah pohon di atas, terdapat perbezaan antara aturan kata dialek Perak dan bahasa Punjabi. Dalam bahasa Punjabi, objek ayat mendahului kata kerja ayat ini iaitu objek ayat ini ialah BM, manakala kepala ayat ini ialah pardi ( belajar ). Manakala dalam dialek Perak, kepala ayat mendahului objek ayat iaitu kata kerja iaitu belajo, manakala objek ayat ini ialah bahasa Melayu.
Dalam aturan kata SOV, penerang akan mendahului kata nama yang diterangkan iaitu objek tidak langsung mendahului objek langsung (UCLA Language Material Project : 6Feb 2009 ). Manakala dalam dialek Perak yang mempunyai aturan kata SVO, kata nama yang diterangkan akan mendahului penerang. Hal ini dapat dilihat seperti contoh ayat di bawah :
[ SOV ] B.Punjabi : Sarifah da kare
Penerang +kepala
Gloss : Sarifah punya rumah
BMB : rumah kepada Sharifah
[ SVO ] Dialek Perak : ghumah aku
kepala + penerang
BMB : Rumah aku
Dalam bahasa Punjabi, penanda genitif akan digunakan untuk mengisi ruangan preposisi belakang ( postposition ). Penanda genitif bagi bahasa Punjabi ialah seperti da, di dan sebagainya yang digunakan untuk mengungkapkan konsep kepunyaan (Wikipedia :10Jan 2009 ). Penanda genitif merujuk kepada bentuk tertentu kata nama dalam bahasa dengan infleksi kasus ( Linguistic Typology : 6 Feb 2009 ) . Penanda genitif ini juga turut digunakan dalam bahasa Inggeris untuk mengungkapkan konsep kepunyaan iaitu fleksi s. Sebagai contohnya seperti dalam ayat Tom’s house. Dalam bahasa Punjabi pula ialah seperti ayat berikut ; Sarifah da kare.
Tetapi dalam dialek Perak berlaku pengguguran dalam dialek ini. Hal ini dapat dilihat seperti contoh ayat di bawah :
| Saripah da kare Saripah punya rumah | ghumah Saripah |
Berdasarkan contoh di atas, kolum pertama ialah bahasa Punjabi dan kolum kedua pula ialah dialek Perak Kuala Kangsar. Ayat dalam bahasa Punjabi tidak mengalami pengguguran. Hal ini berbeza dengan dialek Perak. Terdapat pengguguran frasa dalam kedua-dua ayat ini. Proses ini berlaku di antara perkataan ghumah dengan Saripah. Terdapat ruang kosong yang telah digugurkan. Ruang kosong tersebut boleh digantikan dengan preposisi kepada. Hal ini dapat dilihat dengan lebih jelas melalui ayat di bawah :
Berdasarkan contoh ayat di atas, kata preposisi yang mendukung konsep kepunyaan dalam dialek Perak telah digugurkan. Manakala dalam bahasa Punjabi, penanda genitif ( da, di, diya, dey ) yang membawa maksud konsep kepunyaan tidak digugurkan. Hal ini dapat dilihat seperti rajah pohon di bawah :
Dari segi semantik pula, penanda genitif dalam bahasa Punjabi iaitu, da, di, diya dan dey ialah preposisi yang mempunyai maksud pemilikan. Hal ini dapat dilihat seperti di bawah :
da di dey diya
[ + milik ] [+ milik ] [+ milik ] [+ milik ]
[ + preposisi ] [+ preposisi ] [+ preposisi ] [+ preposisi ]
[ + lelaki ] [+ perempuan ] [+ lelaki ] [+ perempuan ]
[ + mujrad ] [+ mujrad ] [+ jamak ] [+ jamak ]
Manakala dalam dialek Perak, kata preposisi yang mendukung konsep kepunyaan dapat dilihat seperti di bawah :
kepada
[+ milik ]
[+ preposisi ]
[- gugur ]
Hampir keseluruhan penggunaan preposisi dalam dialek Perak Kuala Kangsar yang mendukung konsep kepunyaan digugurkan. Hal ini dapat dibuktikan dengan lebih kuat dengan melihat contoh-contoh ayat di bawah :
i) Baju mak tu dah kotor. ( Dialek Perak )
Baju kepada emak itu sudah kotor ( Bahasa Melayu Baku )
ii) Kete Amid tu taklah lawo sangat.
Kereta kepada Amid itu tidaklah cantik sangat.
Berdasarkan contoh ayat d atas, preposisi ‘kepada’ telah digugurkan dalam kebanyakan dialek Perak Kuala Kangsar.
3.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, terdapat perbezaan yang nyata di antara dialek Perak dan bahasa Punjabi ini. Terdapat keistimewaan dalam bahasa Punjabi dari segi penggunaan konsep kepunyaan yang bergantung kepada gender yang dimiliki oleh kata nama dalam sesebuah ayat. Tetapi perkara ini tidak terdapat di dalam dialek Perak. Selain itu, aturan kata yang dimiliki oleh bahasa Punjabi turut berlainan daripada aturan kata yang dimiliki oleh dialek Perak.
4.0 Bibliografi
Wikipedia. 29 Jan 2009. Genitive Case. Wikimedia < http://en.wikipedia.org/wiki/Genitive > [ 6 Feb 2009 ]
UCLA Language Material Project. Punjabi. Creative Common < http://www.lmp.ucla.edu/Profile.aspx?LangID=95&menu=004 > [ 6Feb 2009 ]
Wikipedia . 7 February 2009. Subject Object Verb. Wikimedia < http://en.wikipedia.org/wiki/Subject_Object_Verb > [ 6Feb 2009 ]
Wikipedia. 10 January 2009. Punjabi Grammar. Wikimedia <> [ 6 Feb 2009 ]
Linguistic Typology <> [ 6 Feb 2009 ]
Rujukan hidup
Sharifah Shadhatul Nadrah, rujukan dialek Perak Melayu Kuala Kangsar
Nur Hanizah Bt Asraf Ali, rujukan bahasa Punjabi
Tajuk : Perbandingan hubungan perkataan dengan makna untuk berita Bernama berbahasa Melayu dan berita Bernama berbahasa Inggeris. [ analisis kontrastif semantik ]
Pendahuluan
Esei ini akan membandingkan persamaan dan perbezaan antara hubungan perkataan dengan makna untuk berita Bernama bahasa Melayu dan berita Bernama bahasa Inggeris. Kami tidak memfokuskan terhadap satu tajuk berita kerana terdapat tiga berita berbahasa bahasa Melayu dan tiga berita berbahasa bahasa Inggeris dalam data yang dikaji oleh kami. Kami akan mengkaji dari aspek sinonim intrabahasa dan interbahasa.
Data yang dibuat perbandingan dalam bahasa itu sendiri contohnya dalam bahasa Melayu itu sendiri merupakan intrabahasa. Manakala data yang dibandingkan dengan bahasa lain merupakan interbahasa. Sebagai contohnya, data berbahasa Melayu dibandingkan dengan data berbahasa Inggeris. Tujuan kami mengkaji kedua-dua data bahasa Melayu dan Inggeris adalah untuk melihat kesinoniman kata yang terdapat di dalam kedua-dua data ini.
Kaedah
Dalam kajian ini kami menggunakkan perisian Microsoft Office Word, dan Excel. Penggunaan Microsoft Office Word adalah bertujuan untuk menyediakan artikel yang diambil daripada berita Bernama berbahasa Inggeris dan berbahasa Melayu, manakala Microsoft Office Excel pula memudahkan analisis penggunaan kata bagi menjumlahkan kekerapan penggunaan dan bilangan kata dalam setiap artikel yang dianalisis. Di samping itu, kami juga menganalisis data dengan menggunakan perisian korpus konkordan TextSTAT .
Kami hanya mengkaji kata nama sahaja dalam kedua-dua bahasa ini. Dalam kata nama tersebut kami hanya memfokuskan penggunaan kata “ taman ” sahaja dalam kedua-dua bahasa ini. Kami akan menggunakan konkordans yang terdapat di dalam program TextStat untuk melihat kekerapan penggunaan kata nama “ taman ” dalam kedua-dua bahasa tersebut. Kami turut menggunakan rujukan buku, dan kamus untuk mencari dan mendapatkan istlah-istilah dan makna bagi perkataan yang dipilih iaitu “taman” dan “park”. Ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi kenyataan yang kami berikan dalam esei ini.
| the | 69 |
| and | 36 |
| to | 32 |
| of | 27 |
| in | 24 |
| a | 19 |
| is | 19 |
| for | 15 |
| with | 15 |
| The | 14 |
| from | 9 |
| KLCC_Park | 9 |
| park | 9 |
| the |
|
Penggunaan kata “ taman ” dalam berita berbahasa Melayu muncul sebanyak 11 kali dalam data. Peratusan bagi perkataan tersebut ialah sebanyak 1.69%. Manakala dalam berita bahasa Inggeris, kata “ park “ pula muncul sebanyak 9 kali dengan peratusan sebanyak 1.69% juga. Kami memilih perkataan ini kerana dalam kategori kata nama, kata ini mempunyai kekerapan yang paling tinggi.
| dan | 46 |
| yang | 29 |
| di | 26 |
| ini | 26 |
| dengan | 14 |
| itu | 13 |
| ke | 11 |
| taman | 11 |
| Taman_KLCC | 10 |
| akan | 8 |
| juga | 8 |
| tahun | 8 |
| bagi | 7 |
Dapatan dan analisis kajian
Aspek makna yang dikaji oleh kami ialah sinonim. Sinonim ialah kata seerti atau kata yang mempunyai sama maksud ( Wikipedia,16Jan 2009 ). Pernyataan ini juga turut disokong oleh F.R.Palmer ( 1989 : 97 ) dalam buku Semantik yang diterjemah oleh Abdullah Hassan :
“ Sinonim ialah set perkataan yang mempunyai makna yang sama iaitu perkataan-perkataan itu seerti atau bersinonim di antara satu sama lain ”.
Pernyataan ini turut disokong oleh Abdullah Hassan ( 1982 : 241 ) dalam buku Linguistik Am untuk Guru Bahasa
“ Kata-kata sinonim terdiri dari kata-kata yang mempunyai makna yang sama”. Maksud “ sama “ ini tidaklah perlu seratus peratus sama seperti yang mungkin dianggap oleh ramai orang “.
Berdasarkan artikel yang dipih kami mendapati bahawa sebanyak sebelas kali perkataan “taman” muncul dalam berita Bernama. Ayat-ayat tersebut adalah seperti di bawah:
1. Taman_KLCC yang berlatar belakangkan struktur hebat Menara_Kembara_Petronas bukan saja mudah menggamit mana-mana pengunjung tetapi keindahan landskapnya menjadi tempat sesuai untuk menghilangkan rasa stress kehidupan
2. Taman ini, yang menjadi sebahagian daripada ikonik Menara_Kembar_Petronas, direka bentuk oleh arkitek landskap dan pencinta alam terkemuka dunia, dari
3. Trek ini akan membawa pengunjung mengelilingi taman yang diliputi kawasan berbukit, landskap-landskap kecil dan tempat berteduh.
4. Maka tidak hairanlah jika taman ini menerima di antara 2,000 hingga 3,000 pengunjung setiap hari, malah meningkat berkali ganda terutama ketika warga kota meraikan Ambang Tahun Baru dan Ambang Merdeka, menjadikan jumlah pengunjung ke taman ini setiap tahun melebihi 1 juta.
5. Taman KLCC yang dibuka kepada orang ramai pada tahun 1998 ini oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan satu daripada komponen penting di dalam pelan induk pembangunan KLCC seluas 40 hektar.
6. Taman ini diwujudkan sebagai sebahagian daripada komitmen Petronas terhadap usaha penjagaan dan pemuliharaan warisan alam negara, maka kawasan yang asalnya Pusat Lumba Kuda Kuala Lumpur ini kini menjadi kawasan rehat dan riadah kegemaran warga
7. Menurut Pengurus Besar Kanan, Bahagian Undang-undang & Hal Ehwal Korporat Petronas, Mohd Azhar Osman, Taman KLCC berbeza berbanding Central Park di New York dan Hyde Park di London.
8. Taman KLCC boleh dibanggakan apabila ia mengekalkan sejumlah 63 batang pokok matang yang hidup di tapak taman semasa di bawah pengurusan Kelab Lumba Kuda Kuala Lumpur.
9. Taman KLCC bagaimanapun belum boleh dibandingkan dengan The Garden of Versailles di Perancis atau The Eden Garden di Cornwall, England tetapi kedua-duanya menjadi tercantik dan popular setelah mengambil masa beratus-ratus tahun sedangkan Taman KLCC baru berusia 10 tahun.
10. Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia Datuk Seri Dr Salleh Mohd Nor, berpendapat sungguhpun tidak dapat menandingi sejarah setiap taman itu, namun
11. "Hari ini, ciri-ciri pembinaan taman berkembang mengikut peredaran zaman hingga muncul konsep taman urban atau taman dalam bandar yang meliputi empat perkara iaitu untuk keperluan ekonomi, pemuliharaan, kajian dan juga pendidikan," jelas Dr Salleh.
1. The KLCC Park with the majestic
2. The park being part of the iconic Petronas Twin Towers and designed by a world renowned landscape designer and naturalist from Brazil, the late Roberto Burle Marx, is a brilliant testimony how planners have struck a balance between development and preserving the nature.
3. The track brings visitors around the park cutting through gentle gradients and slopes with different landscapes along the way.
4. Therefore it's not surprising that between 2,000 and 3,000 people come here daily. The number increases many folds especially during the eve of the New Year and Merdeka, and the number of visitors to the park annually exceeds one million.
7. According to Petronas' General Manager for Legal and Corporate Affairs Mohd Azhar Osman,
8. According to Petronas' General Manager for Legal and Corporate Affairs Mohd Azhar Osman,
9. Nonetheless,
10. The Malaysian Nature Society President Datuk Seri Dr Salleh Mohd Nor opined that the
11. "The characteristics of parks evolve according to the present needs and thus currently the urban parks are the answer for rapid pace of economic development, preservation, research and education," added Dr Salleh.
Berdasarkan kajian kami, kata “ taman “ dalam berita berbahasa Melayu merupakan padanan bagi kata “ park “ dalam berita berbahasa Inggeris. Hal ini dapat dibuktikan apabila makna bagi kedua-dua kata tersebut dirujuk kepada kamus. Dalam berita Bernama berbahasa Inggeris, perkataan “park” mendukung makna sebidang tanah yang disimpan untuk kegunaan awam sebagai ;
1. Apiece of land with few or no buildings within or adjoining a town, maintained for recreational
and ornamental purposes.
2. A landscaped cty square.
3. A large tract of rural land kept in its natural state and usually reserved for the enjoyment and
recreation of visitor.
Manakala dalam berita berbahasa Melayu perkataan “taman” mendukung makna sebidang tanah yang disimpan untuk kegunaan awam sebagai ;
1) Kebun yang ditanami dengan pelbagai bunga-bungaan (untuk bersenang-senang, berehat-
rehat), kebun bunga.
2) Tempat bersiar-siar (mengambil angin dan lain-lain). Kamus Dewan Edisi keempat
(2005:1583).
Menurut konteks kedua-dua data ini perkataan “park” dan “taman” mendukung makna tempat bersiar-siar dan kebun atau landskap yang ditanami dengan pelbagai bunga-bungaan. Oleh itu, kedua-dua perkataan ini bersinonim. Ini menunjukkan bahawa perkataan “taman” dan “ park” mempunyai hubungan interbahasa. Perkataan “park” tersebut tidak boleh digantikan dengan perkataan “garden” kerana makna yang didukung oleh “garden”adalah berbeza dengan kata “park” . Kata “garden” mendukung makna yang lebih khusus iaitu kawasan yang ditanami oleh bunga-bungaan,sayur-sayuran, buaha-buahan dan herba. Buktinya berdasarkan makna “garden” di bawah:
1) A plot of land used for the cultivation of flowers, vegetables, herbs, or fruit.
2) Garden Grounds laid out with flowers, trees, and ornamental shrubs and used for
recreation or display. Often used in the plural: public garden; abotanical garden.
3) A yard or lawn.
Berdasarkan makna yang didukung oleh “garden” ini menunjukkan bahawa kata “park” tidak boleh digantikan dengan kata “garden” dalam berita Bernama berbahasa Inggeris. Hal ini kerana kata “park” adalah tempat bersiar-siar dan bukan sahaja terhad untuk penanaman bunga-bungaan, buah-buahan, sayur-sayuran dan herba tetapi merupakan taman permainan, perumahan dan taman KLCC.
Dalam kajian intrabahasa perkataan “taman” berasosiasi dengan kata lain. Hubungan ini dikenali sebagai hubungan asosiasi. Hubungan asosiasi ialah hubungan yang berkaitan antara satu sama lain. Sebelum ini, perkataan “taman” mempunyai hubungan asosiasi yang terhad iaitu hanya mendukung makna kebun yang ditanami oleh bunga. Hal ini dapat dibuktikan daripada “Malay Concordance Project” iaitu seperti petikan dibawah:
berjalan-jalan sambil bermain-main pada tiap-tiap taman bunga-bungaan dan taman buah-buahan. Setelah sudah, maka baginda Mar 18a .... pohon bunga-bungaan itu beraturan. Adapun pasirnya taman bunga-bungaan itu daripada mutiara dan merjan dan piruzah. Maka .Mar 19b ...... segala para puteri itu berangkat ke maligai dari taman bunga-bungaan, lalu ke peterana. Setelah masuk ke peterana, maka Mar 80b ...-buahan, maka dibawa oleh begawan laki isteri kepada taman bunga-bungaan melihat segala bunga-bungaan itu yang harum-harum . Namun kini, penggunaan perkataan taman mempunyai hubungan asosiasi yang lebih luas. Contohnya taman perumahan, taman permainan, taman KLCC dan sebagainya. Berdasarkan contoh ayat di atas, terbuktilah bahawa perkataan “taman” berasosiasi dengan perkataan lain.
Hal ini dapat dibuktikan melalui data yang diperolehi daripada berita Bernama berbahasa Melayu iaitu:
“Taman KLCC yang dibuka kepada orang ramai pada tahun 1998 ini oleh bekas
Contohnya seperti gambar di bawah:




Selain itu, makna perkataan “taman” dan “park” dengan makna sebenar perkataan “taman” dan “park” dalam konteks ayat dalam artikel berbahasa Melayu dan bahasa Inggeris ialah sama serta tidak menunjukkan perbezaan. Makna bagi kedua-dua perkataan ini adalah seperti di bawah :
1) A plot of land used for the cultivation of flowers, vegetables, herbs, or fruit.
2) Garden Grounds laid out with flowers, trees, and ornamental shrubs and used for
recreation or display. Often used in the plural: public garden; abotanical garden.
3) A yard or lawn.
1)Kebun yang ditanami dengan pelbagai bunga-bungaan (untuk bersenang-senang, berehat-
rehat), kebun bunga.
2)Tempat bersiar-siar (mengambil angin dan lain-lain). Kamus Dewan Edisi keempat
(2005:1583).
Manakala untuk membuktikan lagi, beberapa contoh ayat daripada berita Bernama berbahasa Melayu dan bahasa Inggeris akan ditunjukkan seperti di bawah :
1. Taman_KLCC yang berlatar belakangkan struktur hebat Menara_Kembara_Petronas bukan saja mudah menggamit mana-mana pengunjung tetapi keindahan landskapnya menjadi tempat sesuai untuk menghilangkan rasa stress kehidupan
2. Taman ini, yang menjadi sebahagian daripada ikonik Menara_Kembar_Petronas, direka bentuk oleh arkitek landskap dan pencinta alam terkemuka dunia, dari
3. Trek ini akan membawa pengunjung mengelilingi taman yang diliputi kawasan berbukit, landskap-landskap kecil dan tempat berteduh.
4. Maka tidak hairanlah jika taman ini menerima di antara 2,000 hingga 3,000 pengunjung setiap hari, malah meningkat berkali ganda terutama ketika warga kota meraikan Ambang Tahun Baru dan Ambang Merdeka, menjadikan jumlah pengunjung ke taman ini setiap tahun melebihi 1 juta.
5. Taman KLCC yang dibuka kepada orang ramai pada tahun 1998 ini oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan satu daripada komponen penting di dalam pelan induk pembangunan KLCC seluas 40 hektar.
1. The KLCC Park with the majestic
2. The park being part of the iconic Petronas Twin Towers and designed by a world renowned landscape designer and naturalist from Brazil, the late Roberto Burle Marx, is a brilliant testimony how planners have struck a balance between development and preserving the nature.
3. The track brings visitors around the park cutting through gentle gradients and slopes with different landscapes along the way.
4. Therefore it's not surprising that between 2,000 and 3,000 people come here daily. The number increases many folds especially during the eve of the New Year and Merdeka, and the number of visitors to the park annually exceeds one million
Berdasarkan contoh-contoh ayat di atas, dapat dibuktikan bahawa kedua-dua perkataan iaitu taman dan park mempunyai makna yang sama dengan makna sebenar di dalam kamus.
Kesimpulan
Kesimpulannya, kedua-dua perkataan iaitu “taman” dan “park” bersinonim dalam hubungan interbahasa. Pada masa yang sama, perkataan “taman” turut berasosiasi dengan perkataan lain. Oleh sebab makna yang didukung oleh kedua kata tersebut iaitu “taman” dan “ park” adalah sinonim maka tidak boleh digantikan dengan kata lain. Selain itu, kedua-dua perkataan mempunyai makna yang sama dengan makna di dalam kamus dalam aspek intrabahasa.
Rujukan
Abdullah Hassan. 1982. Linguistik Am Untuk Guru Bahasa
Kamus Dewan Edisi keempat. 2005.
Malay Concordance Project. <> [17 Januari 2009]
R. F.Palmer. 1989. Semantik (Penterjemah: Abdullah Hassan)
Pustaka.
Wikipedia. 5 Mac 2008. Sinonim. Mediawiki < http://ms.wikipedia.org/wiki/sinonim > [17 Januari 2009]
Yahoo Education. 2000 <http://education.yahoo.com/reference/dictionary/;_ylt=AjKtDa9qc0jnV9204_UYXzbak7MF > [17 Januari 2009]
Nama Ahli Kumpulan
15. Norfadilah Binti Abdul Rahman
19. Nurul Hana Binti Abu Talib
22. Sharifah Shadhatul Nadrah